Rakyat Didahulukan

TV AL-Hijrah...Segalanya Bermula Di Sini

Daulat Tuanku

Daulat Tuanku

Wakaf Selangor Muamalat...Esok Masih Ada...Untuk You and I....

JPNIN Selangor

Mari Menbaca 1 Malaysia

Al-Quran

Masa Itu Emas

Ahad, 15 Julai 2012

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan......

Kelab Rukun Negara SAM Paya Jaras Dengan Ini Mengucapkan....

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia ini....

Dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada semua pelajar-pelajar SAM Paya Jaras khususnya ahli-ahli Kelab Rukun Negara.

Ingatlah,Ramadhan pada kali ini adalah untuk menjadi tarbiah kepada kita......terutama semasa menjalani ibadah puasa pada siang hari.Ini kerana ibadah puasa sebenarnya bukan sahaja puasa untuk menahan lapar dan dahaga,akan tetapi puasa hati,mulut,kaki,lidah dan sebagainya.

Disamping itu,amalan-amalan pada bulan Ramadhan diberi ganjaran oleh ALLAH berkali-kali ganda jika dibandingkan dengan bulan-bulan Islam yang lain.Pada bulan Ramadhan inilah kita boleh Solat Tarawikh,Qiamulail,Tadarus Al-Quran dan sebagainya.Rebutlah peluang ini kerana peluang ini mungkin kita tidak akan rasai pada Ramadhan yang akan datang.

Ramadhan tinggal beberapa hari sahaja......kita tunggu sahaja pengumuman dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja ok!

Sekali lagi kami mengucapkan Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan......

Sabtu, 7 Julai 2012

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali Ke-55 Tahun 1433 Hijri/Tahun 2012 Masihi

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa bagi Tahun 1433 Hijri/2012 Masihi akan diadakan pada:


  • 16-23 Syaaban 1433 Hijri Bersamaan 06-13 Julai 2012
  • Diadakan di Dewan Merdeka,Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC),Kuala Lumpur.
  • Dari Jam 8:45 malam hingga pukul 11:00 malam
Siaran langsung akan dapat diikuti melalui penyiar rasmi,iaitu Radio Televisyen Malaysia(RTM) iaitu di TV1 dan Radio Malaysia Nasional FM.

Siaran langsung juga dapat diikuti melalui Radio IKIM.fm,Pilihan Utama Anda menerusi frekuensi 91.5 di Lembah Kelang,Astro Oasis dan TV Al-Hijrah.

Untuk Maklumat Lanjut,KLIK DISINI

Selasa, 3 Julai 2012

Senamrobik Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia Akan Diadakan Pada 10 Julai Ini.......

Kementerian Pelajaran Malaysia akan mencatatkan satu lagi rekod Malaysia Book Of Records,bahawa satu rekod tercipta yang mana pelajar yang paling banyak membuat senamrobik secara serentak pada 10 Julai ini.

Senamrobik Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia Peringkat Kebangsaan Akan Berlangsung Pada:


  • Hari-Selasa
  • Tarikh-10 Julai 2012
  • Tempat-Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15,Subang Jaya
  • Perasmi-Tan Sri Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin,Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran
Bagi peringkat sekolah,Semua sekolah seluruh Malaysia perlu membuat aktiviti ini serentak untuk mencatatkan rekod MBOR ini.Siaran langsung Senamrobik Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia akan disiarkan melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu di TV1 menerusi rancangan Selamat Pagi 1 Malaysia.

Untuk Maklumat Lanjut,KLIK DISINI

Isnin, 2 Julai 2012

Potret Agong Boleh Didapati Di Pejabat Penerangan Daerah Berhampiran Anda

Potret Agong Boleh Didapati Di:


  • Pusat Sumber dan Fotografi,Jabatan Penerangan Malaysia,Aras 9,Kompleks KPKK,No.49,Persiaran Perdana,Presint 4,62100,Putrajaya
  • Pejabat Penerangan Negeri
  • Pejabat Penerangan Daerah Berhampiran Anda
Untuk Maklumat Lanjut,KLIK SINI

Kelab Rukun Negara SAM Paya Jaras Termasuk Dalam Senarai Sekolah Menengah Negeri Selangor Yang Menyertai Kelab Rukun Negara(Daerah Gombak)

Antara Senarai Sekolah Menengah Yang Menyertai Kelab Rukun Negara 2012

DAERAH GOMBAK


  • SMK Bukit Indah
  • SMK Gombak Setia
  • SMK Taman Selayang
  • SMK Lembah Keramat
  • SMK Taman Ehsan
  • SMK Rawang
  • SMK Taman Keramat
  • SMK Seri Gombak
  • SMK Hillcrest
  • SMK Ideal Heights
  • SMK Seri Selayang
  • SMK Sungai Kertas
  • SMK Seri Keramat
  • SMK Darul Ehsan
  • SMK Sungai Pusu
  • SMK Taman Desa
  • SMK Bandar Tasik Puteri
  • SMK Bukit Rahman Putra
  • SMK Seri Kundang
  • SMK Taman Desa 2
  • SMK Bukit Gading
  • SMK Bandar Baru Sungai Buloh
  • SMK Kepong
  • SMK Hulu Kelang
  • SMK Selayang Bharu
  • SMK Seri Garing
  • SMK Tuanku Abdul Rahman
  • SAM Rawang(SAMER)
  • SAM Paya Jaras(SAMPJ)
  • SM Teknik Gombak
  • SMV Sungai Buloh
  • SBPI Rawang
  • SBPI Gombak
*Kesemuanya ada 34 buah sekolah menengah seluruh Gombak menyertai Kelab Rukun Negara anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Selangor kecuali SMK Sirramas Sungai Buloh yang baru beroperasi mulai tahun ini.

*Untuk maklumat lanjut,KLIK DISINI