Rakyat Didahulukan

TV AL-Hijrah...Segalanya Bermula Di Sini

Daulat Tuanku

Daulat Tuanku

Wakaf Selangor Muamalat...Esok Masih Ada...Untuk You and I....

JPNIN Selangor

Mari Menbaca 1 Malaysia

Al-Quran

Masa Itu Emas

Sabtu, 29 September 2012

Analisis Bajet 2013:Memakmur Negara,Mensejahtera Rakyat:Sebuah Janji Ditepati,Bonus Untuk Penjawat Awam.

Kira-kira 1.3 juta penjawat awam akan meinkmati bonus satu setengah bulan gaji dan manakala pesara pula akan mendapat RM 500.

Perdana Menteri,Dato' Sri Najib Tun Hj.Abdul Razak berkata,bayaran bonus itu akan dibuat sebanyak dua kali iaitu pada Disember depan dan selebihnya akan dibayar pada Januari depan.

Selain itu,bakal-bakal Haji yang mencarum di dalam KWSP kini dibenarkan untuk mengeluarkan simpanan mereka di Akaun 2 untuk menampung kekurangan kos penerbangan.

Inisiatif ini terhad untuk muasassah dengan maksimum pengeluaran sebanyak RM 3000-Bernama/Utusan/Radio Televisyen Malaysia(RTM).


Lambaian Kaabah Kembali Lagi....Selamat Berangkat Ke Tanah Suci Kepada Bakal-Bakal Haji Malaysia.

Lambaian Kaabah kembali lagi.Kita mengetahui bahawa menunaikan Haji adalah perkara wajib yang terkandung dalam Rukun Islam.Ini kerana Haji adalah rukun yang paling penting dan paling mustahak dilakukan.Sekiranya kita tidak melakukan fardhu Haji,kita akan menanggung dosa yang amat besar.Jadi,galakan supaya membuat fardhu Haji pada usia yang muda.

Jadi,umat Islam di Malaysia beruntung kerana ada satu badan berkanun yang membantu umat Islam untuk merealisasikan hasrat untuk ke tanah suci.Kita patut berterima kasih kepada Lembaga Tabung Haji(TH) kerana telah membantu umat Islam untuk ke tanah suci.

Kepada bakal-bakal Haji,lakukan ibadah Haji dengan khusyuk,tawadhuk dan moga-moga ibadah Haji pada kali ini diterima oleh ALLAH hendaknya dan Haji yang kita lakukan adalah Haji Mabrur...Insya ALLAH.

Kelab Rukun Negara SAM Paya Jaras mengucapkan selamat berangkat kepada bakal-bakal Haji Malaysia.Semoga selamat perjalanan pergi dan balik.

Analisis Bajet 2013:Bidang Pendidikan Tidak Dipinggirkan Oleh Kerajaan Terutama Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.

Untuk Bajet 2013,bidang pendidikan turut menjadi perhatian oleh pihak Kerajaan kerana pihak kerajaan mahukan pelaburan dalam bidang pendidikan adalah satu bidang yang penting.

Oleh itu,RM 38.7 juta diperuntukkan oleh pihak kerajaan kepada Kementerian Pelajaran untuk pengurusan dan pembangunan.

RM 1 bilion tambahan diperuntukkan untuk Tabung Khas Pembangunan,Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah

Jadi,pembahagian peruntukkan adalah seperti berikut:


  • RM 100 juta untuk Sekolah Kebangsaan
  • RM 100 juta untuk Sekolah Menengah Kebangsaan
  • RM 100 juta untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
  • RM 100 juta untuk Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil
  • RM 100 juta untuk Sekolah Mubaligh(Sekolah Agama Kristian)
  • RM 100 juta untuk Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
  • RM 100 juta untuk Sekolah Berasrama Penuh
  • RM 100 juta untuk Maktab Rendah Sains MARA(MRSM)
Sumber:Radio Televisyen Malaysia(RTM),Bernama

Dari segi dana untuk SABK,pihak kerajaan tidak pinggirkan peruntukkan SABK,malahan setiap kali pembentangan Bajet yang lalu.Jadi,bersyukurlah apa yang telah diberikan.Sesungguhnya orang yang bersyukur akan mendapat ganjaran pahala dari ALLAH.

Jumaat, 28 September 2012

Bajet 2013:Bantuan Persekolahan RM 100 dan Bantuan Rakyat 1 Malaysia(BR1M) Diteruskan.Terima Kasih Kerajaan dan Dato' Sri Najib!

Pembentangan Bajet 2013 pada hari ini telah membuktikan Kerajaan pimpinan Dato' Sri Najib prihatin terhadap segala permasalahan rakyat jelata.

Kerajaan bersetuju untuk meneruskan Bantuan Persekolahan RM 100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dan akan dibayar pada Januari 2013 ini.

Kerajaan juga telah bersetuju untuk meneruskan Bantuan Rakyat 1 Malaysia(BR1M) kepada semua ketua isi rumah per kapita minimum RM 3000 kebawah dan syarat tambahan pada kali ini adalah orang bujang yang berumur 21 tahun keatas yang berpendapatan RM 2000 kebawah.

Bantuan Persekolahan RM 100 dan Bantuan Rakyat 1 Malaysia adalah kesinambungan daripada Bajet 2012 yang lalu.

Pihak Kelab Rukun Negara SAM Paya Jaras mengucapkan TERIMA KASIH kepada KERAJAAN dan tidak lupa kepada Perdana Menteri,Dato' Sri Najib bin Tun Hj.Abdul Razak.Sesungguhnya kerajaan adalah kerajaan yang mendahulukan rakyat.