Lima Prinsip Rukun Negara,
Harus Menjadi Cara Hidup Kita,
Bukan Sekadar Ikrar Sahaja,
Sekali Sekala Dibaca Semata.
Lima Prinsip Rukun Negara,
Telah Menjadi Teras Perpaduan,
Membentuk Satu Negara,
Tanpa Mengira Agama dan Bangsa,
Amalkanlah Rukun Negara,
Dalam Hidup Harian Kita,
Tanpa Mengira Tua Muda,
Mengekalkan Warisan Kita.
Lima Prinsip Rukun Negara,
Telah Menjadi Teras Peraduan,
Membentuk Satu Negara,
Tanpa Mengira Agama dan Bangsa
Lima Prinsip Rukun Negara:
ikrar-
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Itulah Lima Prinsip Rukun Negara
Lagu Ciptaan:Dato' Wah Idris
Lirik Oleh:Dato' Cosmas J.Abah
Dato' Azman Amin Hassan(Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional)
___________________________________________________________________________________
LAGU PERPADUAN BANGSA
Persefahaman dan saling percaya,
Hormat-hormati dan bekerjasama,
Padukan azam tekad dengan tegas,
Bersatu jujur setia,
Ungkapan jasa pengorbanan,
Bersatu membumbung cita.
Marilah jayakan wawasan perpaduan bangsa,
Transformasi murni gagasan perpaduan bangsa,
Jujur dan setia pada bangsa dan negara,
Hala tuju kita 1 Malaysia,
Satu impian dan satu harapan,
Satu suara dan satu laungan,
Semarak cita hidup sentosa,
Di bawah satu bendera,
Hayati Prinsip Rukun Negara,
Laungan Keramat Kita,
chorus**
Marilah jayakan wawasan perpaduan bangsa,
Transformasi murni gagasan perpaduan bangsa,
Jujur dan setia pada bangsa dan negara,
Hala tuju kita 1 Malaysia.
Perpaduan Bangsa...
1 Malaysia.......
(Diterbitkan Oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional)