Pada malamnya pula,Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Hj. Abdul Razak akan menyampaikan amanat dan ucapan sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Janji Ditepati dipilih untuk menjadi tema Hari Kemerdekaan ini kerana usaha dan inisiatif YAB DS Najib dalam membantu rakyat dan menjadikan negara sebagai negara berpendapatan tinggi amat-amat dipuji.Ini kerana usaha-usaha ini adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
Pelbagai program dirancang untuk kesejahteraan rakyat.Contohnya Program Transformasi Kerajaan(GTP) yang mana program ini merangkumi 6 Bidang Keberhasilan Negara ataupun NKRA.
Antara NKRA tersebut ialah:
- Mengurangkan Jenayah
- Membanteras Rasuah
- Meningkatkan Pencapaian Pelajar
- Meningkatkan Taraf Kehidupan Isi Rumah Berpendapatan Rendah
- Meningkatkan Taraf Infrastuktur Asas Luar Bandar
- Mempertingkatkan Pengangkutan Di Bandar
Sebagai rakyat Malaysia,kita perlu bersyukur dengan apa yang telah dikecapi selama ini.Sebagai tanda sokongan,kibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda anda sayangkan Malaysia.Ketepikan perbezaan politik,sebaliknya kibarkan Jalur Gemilang sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai semangat patroitik yang tinggi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan