Rakyat Didahulukan

TV AL-Hijrah...Segalanya Bermula Di Sini

Daulat Tuanku

Daulat Tuanku

Wakaf Selangor Muamalat...Esok Masih Ada...Untuk You and I....

JPNIN Selangor

Mari Menbaca 1 Malaysia

Al-Quran

Masa Itu Emas

Khamis, 28 Jun 2012

Janji Ditepati Dipilih Menjadi Tema Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55

Janji Ditepati dipilih untuk menjadi tema sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 pada tahun ini.Sambutan Hari Kemerdekaan akan diadakan pada 31 Ogos dan Majlis Perarakan akan diadakan di Dataran Merdeka pada tarikh yang sama manakala Hari Malaysia pula akan diadakan di Sarawak pada 16 September ini.

Pada malamnya pula,Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Hj. Abdul Razak akan menyampaikan amanat dan ucapan sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Janji Ditepati dipilih untuk menjadi tema Hari Kemerdekaan ini kerana usaha dan inisiatif YAB DS Najib dalam membantu rakyat dan menjadikan negara sebagai negara berpendapatan tinggi amat-amat dipuji.Ini kerana usaha-usaha ini adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Pelbagai program dirancang untuk kesejahteraan rakyat.Contohnya Program Transformasi Kerajaan(GTP) yang mana program ini merangkumi 6 Bidang Keberhasilan Negara ataupun NKRA.

Antara NKRA tersebut ialah:

  • Mengurangkan Jenayah
  • Membanteras Rasuah
  • Meningkatkan Pencapaian Pelajar
  • Meningkatkan Taraf Kehidupan Isi Rumah Berpendapatan Rendah
  • Meningkatkan Taraf Infrastuktur Asas Luar Bandar
  • Mempertingkatkan Pengangkutan Di Bandar
Sebenarnya banyak lagi program-program yang dirancang oleh pihak Kerajaan demi memastikan rakyat sejahtera selaras dengan gagasan Rakyat Didahulukan Pecapaian Diutamakan.

Sebagai rakyat Malaysia,kita perlu bersyukur dengan apa yang telah dikecapi selama ini.Sebagai tanda sokongan,kibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda anda sayangkan Malaysia.Ketepikan perbezaan politik,sebaliknya kibarkan Jalur Gemilang sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai semangat patroitik yang tinggi.

Jumaat, 1 Jun 2012

Selamat Bercuti.....

Pihak admin mengucapkan selamat bercuti kepada semua para pelajar SAM Paya Jaras....bercuti sebenarnya untuk merehatkan minda,akan tetapi sebenarnya ada lagi tugas yang menanti kita....iaitu KERJA SEKOLAH!!!!!!!

Selepas sahaja Peperiksaan Pertengahan Tahun baru-baru ini....barulah rasa "tenang" dalam diri....akan tetapi,nasib tak menyebelahi kebanyakkan pelajar.....ramai pelajar yang akan menghadapi peperiksaan terpaksa menghadirkan diri ke Perkampungan Ilmu.Sebenarnya program ini bagus,akan tetapi pihak admin mendapati ramai merungut dan mengeluh kerana program ini menjejaskan "masa tidur nyenyak" mereka...

Akan tetapi,sebaliknya ada diantara para pelajar menggunakan cuti ini untuk pulang ke kampung,melawat ke tempat yang menarik bersama-sama keluarga dan lain-lain......diharap semua pelajar enjoy dengan cuti kali ini.......

Jumaat, 4 Mei 2012

Hari Guru Peringkat Kebangsaan Diadakan Di Negeri Perak Darul Ridzuan

Hari Guru Peringkat Kebangsaan akan diadakan di Dewan Jubli Perak dan Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Clliford,Kuala Kangsar,Perak Darul Ridzuan.Sambutan ini akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran,Tan Sri Hj.Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin.Majlis tersebut dijangka dihadiri oleh YAB Menteri Besar Perak,Datuk Seri DiRaja Dr.Zambry Abdul Kadir dan para-para pimpinan negeri.

Berikut adalah tema Hari Guru sebelum ini:

1972-Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
1973-Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1974-Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1975-Guru dan Pembangunan Negara
1976-Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1977-Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1978-Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1979-Murid Sejahtera Negara Jaya
1980-Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1981-Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1982-Ke Arah Kecekapan Guru dan Pendidikan Bermutu
1983-Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1984-Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1985-Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1986-Pendidikan Teras Nasionalisme
1987-Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1988-Guru Pengasas Budaya Membaca
1989-Guru Pembina Budaya Ilmu
1990-Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1991-Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1992-Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1993-Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1994-Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1995-Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1996-Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1997-Guru Bestari Sekolah Bestari
1998-Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1999-Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
2000-Bersatu Memartabatkan Profesion Perguruan
2001-Memartabatkan Profesion Perguruan Tanggungjawab Bersama
2002-Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2003-Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2004-Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2005-Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2006-Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2007-Guru Penjana Modal Insan Cemerlang
2008-Guru Cemerlang Negara Terbilang
2009-Guru Pembina Negara Bangsa

Selamat Hari Guru Diucapkan Kepada Semua Guru-Guru di Malaysia Terutama Guru-Guru dan Para Astai'zah SAM Paya Jaras.

Ikhlas Daripada:
Pengerusi Kelab Rukun Negara SAM Paya Jaras.



Rabu, 11 April 2012

DAULAT TUANKU

Kepada:
SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG XIV
ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU AL HAJ ABDUL HALIM AL-MUAZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH
D.K,.D.K.H,.D.K.M,.D.M.N.,D.U.K.,D.M.K.,D.K.(Kelantan),D.K.(Pahang).D.K.(Selangor).D.K.(Perlis).D.K(Negeri Sembilan).D.K.(Johor).D.K.(Terengganu).D.K.(Perak).D.K.(Brunei).D.P.(Sarawak),D.U.N.M.,S.M.D.K.,S.H.M.S.,S.G.M.K.,S.P.M.K.,S.S.D.K.,Grand Cordon of The Order Of The Rising Sun Of Japan,Bintang Maha Putra Adipradana(Indonesia),Order of The Ramamata Thailand,Honourable Knight of Grand Cross Order of The Bath of U.K.,Asso.Knight Order of St.John.,Hon.PhD(UUM)

Dan
SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG
TUANKU HAJAH HAMINAH
D.M.N.,D.K.,D.K.H.

Sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Ke-XIV

11 April 2012 Masihi Bersamaan 19 Jamadilawal 1433 Hijri

Sembah Takzim Daripada;
MOHD AZAM BIN MAT SAEED
Pengerusi Kelab Rukun Negara Sekolah Agama Menengah Paya Jaras

Dan
Naib Pengerusi ,Ahli Jawatankuasa Tertinggi Serta Seluruh Ahli Kelab Rukun Negara SAM Paya Jaras

Selasa, 10 April 2012

Hari Kelepasan Am Negeri Selangor 2012 Bermula 11-04-2012

11 April 2012(Rabu)-Hari Pertabalan SPB Yang Dipertuan Agong
1 Mei 2012(Selasa)-Hari Pekerja
8 Mei 2012(Sabtu)-Hari Wesak
2 Jun 2012(Sabtu)-Hari Keputeraan Rasmi SPB Yang Dipertuan Agong
19 Ogos 2012(Ahad)*-Hari Raya Puasa/Syawal 1
20 Ogos 2012(Isnin)*-Hari Raya Puasa/Syawal 2
31 Ogos 2012(Jumaat)-Hari Kemerdekaan
16 Ogos 2012(Ahad)-Hari Malaysia-DIGANTI DENGAN HARI ISNIN
26 Oktober 2012(Jumaat)*-Hari Raya Korban
13 November 2012(Selasa)-Hari Deepavali
15 November 2012(Khamis)-Awal Muharram
11 Disember 2012(Selasa)-Hari Keputeraan Sultan Selangor
25 Disember 2012(Selasa)-Hari Krismas

*-Tertakluk kepada pengisyhtiharan daripada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu
Sumber-Bahagian Kabinet,Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan,Jabatan Perdana Menteri

Sabtu, 7 April 2012

Pengerusi dan Naib Pengerusi Kelab Rukun Negara Terpilih Untuk Ke Program Pendidkan Biodersiti Di Bukit Rengit,Pahang

Pengerusi Kelab Rukun Negara,Mohd Azam bin Mat Saaed dan Naib Pengerusi Kelab Rukun Negara,Nur Hidayah binti Azizan dan pengerusi-pengerusi dan naib pengerusi kelab dan persatuan yang lain terpilih untuk menyertai Program Pendidikan Biodersiti di Institut Pendidikan Biodersiti Bukit Rengit,Lancang,Pahang.Program ini adalah anjuran Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara(Perhilitan).

Program ini akan berlangsung pada 28-30 April 2012 iaitu selama 3 hari 2 malam dan peserta dari SAM Paya Jaras adalah seramai 38 orang dan dikehendaki membayar sebanyak RM 60 setiap seorang.Program ini akan dikendalikan oleh pihak Perhilitan sendiri.

Rabu, 4 April 2012

Cuti Umum Sempena Pertabalan SPB Yang Dipertuan Agong

Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan mengishtiharkan bahawa 11 APRIL 2012 adalah CUTI UMUM sempena Pertabalan SPB Yang Dipertuan Agong dan Persidangan Parlimen iaitu Sidang Dewan Rakyat ditangguhkan kerana tarikh tersebut adalah cuti pertabalan.Semua pejabat Kerajaan dan Swasta dikehendaki bercuti bagi menghormati Hari Pertabalan ini.