Rakyat Didahulukan

TV AL-Hijrah...Segalanya Bermula Di Sini

Daulat Tuanku

Daulat Tuanku

Wakaf Selangor Muamalat...Esok Masih Ada...Untuk You and I....

JPNIN Selangor

Mari Menbaca 1 Malaysia

Al-Quran

Masa Itu Emas

Sabtu, 30 Jun 2012

Kejohanan Sukan Tahunan SAM Paya Jaras Akan Diadakan Pada Ahad Ini....

Sekolah Agama Menengah Paya Jaras dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG) dan Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Agama Menengah Paya Jaras(JAMADI) akan mengadakan Sukan Tahunan yang akan diadakan pada:


  • Hari-Ahad
  • Tarikh-1 Julai 2012
  • Tempat-Padang Awam Paya Jaras
Perasmian Sukan Tahunan ini akan dijangka akan dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG,Tuan Haji Ruzman bin Haji Razali.

Antara objektif Sukan Tahunan ini ialah untuk bersaing dengan sihat melalui semangat kesukanan yang tinggi serta mengharapkan keredhaan ALLAH ......

Kepada firqah Satria,Waja,Wira dan Perdana.......bersainglah secara sihat,ini kerana sekiranya ada pergaduhan ataupun pertelingkahan,kemungkinan perkara buruk ataupun musibah akan berlaku.

Kepada semua......selamat berjuang untuk kemenangan....kalau menang,tahniah...kalau kalah,itu adat permainan....

Khamis, 28 Jun 2012

Janji Ditepati Dipilih Menjadi Tema Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55

Janji Ditepati dipilih untuk menjadi tema sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 pada tahun ini.Sambutan Hari Kemerdekaan akan diadakan pada 31 Ogos dan Majlis Perarakan akan diadakan di Dataran Merdeka pada tarikh yang sama manakala Hari Malaysia pula akan diadakan di Sarawak pada 16 September ini.

Pada malamnya pula,Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Hj. Abdul Razak akan menyampaikan amanat dan ucapan sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Janji Ditepati dipilih untuk menjadi tema Hari Kemerdekaan ini kerana usaha dan inisiatif YAB DS Najib dalam membantu rakyat dan menjadikan negara sebagai negara berpendapatan tinggi amat-amat dipuji.Ini kerana usaha-usaha ini adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Pelbagai program dirancang untuk kesejahteraan rakyat.Contohnya Program Transformasi Kerajaan(GTP) yang mana program ini merangkumi 6 Bidang Keberhasilan Negara ataupun NKRA.

Antara NKRA tersebut ialah:

  • Mengurangkan Jenayah
  • Membanteras Rasuah
  • Meningkatkan Pencapaian Pelajar
  • Meningkatkan Taraf Kehidupan Isi Rumah Berpendapatan Rendah
  • Meningkatkan Taraf Infrastuktur Asas Luar Bandar
  • Mempertingkatkan Pengangkutan Di Bandar
Sebenarnya banyak lagi program-program yang dirancang oleh pihak Kerajaan demi memastikan rakyat sejahtera selaras dengan gagasan Rakyat Didahulukan Pecapaian Diutamakan.

Sebagai rakyat Malaysia,kita perlu bersyukur dengan apa yang telah dikecapi selama ini.Sebagai tanda sokongan,kibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda anda sayangkan Malaysia.Ketepikan perbezaan politik,sebaliknya kibarkan Jalur Gemilang sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai semangat patroitik yang tinggi.

Jumaat, 1 Jun 2012

Selamat Bercuti.....

Pihak admin mengucapkan selamat bercuti kepada semua para pelajar SAM Paya Jaras....bercuti sebenarnya untuk merehatkan minda,akan tetapi sebenarnya ada lagi tugas yang menanti kita....iaitu KERJA SEKOLAH!!!!!!!

Selepas sahaja Peperiksaan Pertengahan Tahun baru-baru ini....barulah rasa "tenang" dalam diri....akan tetapi,nasib tak menyebelahi kebanyakkan pelajar.....ramai pelajar yang akan menghadapi peperiksaan terpaksa menghadirkan diri ke Perkampungan Ilmu.Sebenarnya program ini bagus,akan tetapi pihak admin mendapati ramai merungut dan mengeluh kerana program ini menjejaskan "masa tidur nyenyak" mereka...

Akan tetapi,sebaliknya ada diantara para pelajar menggunakan cuti ini untuk pulang ke kampung,melawat ke tempat yang menarik bersama-sama keluarga dan lain-lain......diharap semua pelajar enjoy dengan cuti kali ini.......