Rakyat Didahulukan

TV AL-Hijrah...Segalanya Bermula Di Sini

Daulat Tuanku

Daulat Tuanku

Wakaf Selangor Muamalat...Esok Masih Ada...Untuk You and I....

JPNIN Selangor

Mari Menbaca 1 Malaysia

Al-Quran

Masa Itu Emas

Sejarah Penubuhan Kelab Rukun Negara

Penubuhan Kelab Rukun Negara (KRN) telah diilhamkan dan disarankan oleh YABhg Tun Hj.Abdullah bin Hj.Ahmad Badawi (Ketika itu beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri) semasa merasmikan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan Tahun 2000 di Negeri Melaka.Malah,sebelum itu ketika merasmikan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan Tahun 1999 di Negeri Pahang,beliau telah menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa berpegang kepada prinsip Rukun Negara untuk menjamin perpaduan dan kemakmuran Negara sentiasa berkekalan.Menerusi Kelab Rukun Negara ini,para pelajar akan didedahkan dengan prinsip tersebut supaya mereka dapat memahami serta menghayatinya agar dapat diamal dan dijadikan amalan kehidupan seharian

Selaras dengan saranan tersebut,pihak Kementerian Pendidikan pada ketika itu mengambil inisiatif untuk menubuhkan Kelab Rukun Negara di sekolah-sekolah menengah seluruh negara.Inisiatif ini dilaksanakan melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.17/2000:Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah-Sekolah bertarikh 16 November 2000 kepada semua Pengarah Pelajaran Negeri.Walau bagaimanapun,sejak Kelab Rukun Negara ditubuhkan,tiada sebarang garis panduan yang terperinci dikeluarkan untuk dijadikan panduan pengurusan dan pengisian program serta aktiviti yang yang dialksanakan oleh kelab ini.

Atas kesedaran untuk mengukuhkan perhubungan kaum dan meningkatkan penghayatan masyarakat terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara,maka Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional,Jabatan Perdana Menteri(JPNIN,JPM),telah dipertanggungjawabkan untuk mewujudkan kerjasama erat dengan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi bagi tujuan tersebut (Keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri,bertarikh 11 Ogos 2004)