Rakyat Didahulukan

TV AL-Hijrah...Segalanya Bermula Di Sini

Daulat Tuanku

Daulat Tuanku

Wakaf Selangor Muamalat...Esok Masih Ada...Untuk You and I....

JPNIN Selangor

Mari Menbaca 1 Malaysia

Al-Quran

Masa Itu Emas

Sabtu, 6 Oktober 2012

Selamat Maju Jaya Kepada Calon PMR,SMA,SPM dan Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun

Kepada pelajar yang akan menghadapi Peperiksaan PMR pada Selasa ini,Kelab Rukun Negara SAM Paya Jaras ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada calon PMR tahun 2012,agar semuanya akan dapat menjawab soalan dengan baik hendaknya.Kepada calon PMR,lakukan persiapan dengan sebaik mungkin bagi mengelakkan tekanan pada hari peperiksaan,Selain itu,banyakkan berdoa agar dipermudahkan urusan.Insya ALLAH.

Selain itu,kepada calon SMA pada tahun ini,janganlah menganggap SMA sebagai peperiksaan yang tidak ada nilai di dalam alam pekerjaan,bahkan SMA adalah satu kelebihan bagi pelajar Sekolah Agama.Rebutlah peluang ini kerana tahun ini sukatan adalah baru,jadi untuk lulus mempunyai harapan yang amat cerah.Walaupun ada sebulan lagi,ulangkajilah selalu dan berdoalah selalu agar dapat keberkatan daripada ALLAH.

Kepada calon SPM pada tahun ini,masa yang ada haruslah digunakan untuk mengulang kaji dan membuat latih tubi supaya persediaan menjadi mantap dan berkesan.Berdoalah selalu untuk mendapat keberkatan daripada ALLAH.

Harapan KRN SAM Paya Jaras agar supaya semua calon PMR,SMA dan SPM dapat mendapat keputusan yang cemerlang dan dapat memecahkan rekod sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan