Rakyat Didahulukan

TV AL-Hijrah...Segalanya Bermula Di Sini

Daulat Tuanku

Daulat Tuanku

Wakaf Selangor Muamalat...Esok Masih Ada...Untuk You and I....

JPNIN Selangor

Mari Menbaca 1 Malaysia

Al-Quran

Masa Itu Emas

Sabtu, 18 Ogos 2012

Rayuan Hari Pahlawan......Bantulah Para Bekas Pejuang Kerana Mereka Telah Berjasa Untuk Negara.....


Rayuan Hari Pahlawan diwujudkan oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Veteran,Angkatan Tentera Malaysia dengan tujuan untuk membantu para bekas pejuang dalam meringankan beban mereka terutama kepada bekas pejuang yang terlantar sakit ataupun yang telah meninggal dunia.

Untuk tujuan ini,pihak Badan Kebajikan Bekas Perajurit Sungai Buloh pimpinan Tuan Haji Zainuddin bin Haji Kasah B.A.T.,P.P.N.,P.P.S. bersama-sama dengan ahli-ahli Badan akan mengutip derma Rayuan Hari Pahlawan yang akan dikutip sebelum bermulanya Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri.Kutipan tersebut akan diadakan di Masjid Al-Huda dan seluruh surau di bawah kariah Masjid Al-Huda.Hasil kutipan tersebut akan diserahkan kepada Jabatan Hal Ehwal Veteran untuk mengagihkan derma ini kepada para bekas pejuang yang memerlukan.

Sesungguhnya derma yang anda sumbangkan sekurang-kurangnya dapat meringankan beban para bekas pejuang terutama ketika Hari Raya yang bakal menjelang tidak lama lagi.Pihak Kelab Rukun Negara SAM Paya Jaras menyokong sepenuhnya program ini.Terima Kasih Pahlawan Malaysia!

Rakyat Didahulukan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan