Rakyat Didahulukan

TV AL-Hijrah...Segalanya Bermula Di Sini

Daulat Tuanku

Daulat Tuanku

Wakaf Selangor Muamalat...Esok Masih Ada...Untuk You and I....

JPNIN Selangor

Mari Menbaca 1 Malaysia

Al-Quran

Masa Itu Emas

Jumaat, 17 Ogos 2012

Selamat Hari Raya dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan

Di Hari Yang Mulia Ini....

Kelab Rukun Negara SAM Paya Jaras ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada seluruh ahli KRN,para pelajar putera dan puteri SAM Paya Jaras,para guru dan para kakitangan sokongan SAM Paya Jaras.Semoga Lebaran kali ini lebih bermakna dan raikan kemenangan ini dengan kesyukuran dan kenikmatan.

Kepada sesiapa yang ingin beraya di kampung,semasa dalam perjalanan nanti berhati-hatilah ketika memandu.Sebelum memulakan perjalanan,sila pastikan kenderaan anda telah dibaiki sebelum memulakan perjalanan yang jauh.Selain itu,bacalah DOA semoga perjalanan anda selamat ke destinasi yang dituju.

Selain menyambut Hari Raya,jangan dilupa akan sambutan Hari Kemerdekaan yang bakal kita sambut tidak lama lagi.Jangan kita anggap sambutan Hari Kemerdekaan adalah satu sambutan pada nama sahaja,akan tetapi perlu dihayati dari segi perjuangan untuk mendapatkan satu nikmat kemerdekaan daripada penjajah British.Segala kesusahan dan keperitan pemimpin terdahulu untuk mendapat kemerdekaan amat wajar dikenang terutama kepada generasi belia agar mereka bersyukur dengan nikmat yang telah ada.

Pada tahun ini,tema pada kali ini adalah Janji Ditepati.Walaupun banyak kontroversi tentang tema ini,akan tetapi ingatah.......Merdeka tetap Merdeka......Semangat Patriotik Membara Dalam Diri.....

Kibarkan JALUR GEMILANG......

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir Batin
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan-55 Tahun Merdeka,Janji Ditepati-

Ikhlas Daripada Pengerusi Kelab Rukun Negar SAM Paya Jaras,
Mohd Azam bin Mohd Shoib Al-Banjari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan