Rakyat Didahulukan

TV AL-Hijrah...Segalanya Bermula Di Sini

Daulat Tuanku

Daulat Tuanku

Wakaf Selangor Muamalat...Esok Masih Ada...Untuk You and I....

JPNIN Selangor

Mari Menbaca 1 Malaysia

Al-Quran

Masa Itu Emas

Selasa, 28 Ogos 2012

Sambutan Kemuncak Hari Kemerdekaan Yang Ke-55:Janji Ditepati dan Jamuan Hari Raya Bersama PM anjuran JPP Selangor

Sambutan Kemuncak Sempena Hari Kemerdekaan kali ke 55 tahun dengan tema JANJI DITEPATI adalah Upacara Perbarisan dan Perarakan yang akan diadakan di Dataran Merdeka,Kuala Lumpur.Upacara ini akan bermula pada jam 8:00 pagi pada hari Jumaat ini.Upacara ini akan dihadiri oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang ke XIV.Semua rakyat dijemput hadir bagi memeriahkan upacara yang bersejarah ini.

Selain itu pada malamnya,Himpunan 55 Tahun Merdeka:Janji Ditepati akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil dan malam itu juga Perdana Menteri,Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Hj.Abdul Razak akan meyampaikan amanat beliau sempena Hari Kemerdekaan ini.Selain itu,PM juga akan bertweet dengan rakyat melalui #55merdeka dari jam 8:15 malam sehingga 9:15 malam.Kepada sesiapa yang mempunyai akaun Twiteer,ambilah peluang untuk bertweet dengan YAB PM.

 
Jabatan Pembangunan Persekutuan(JPP) Negeri Selangor akan mengadakan Jamuan Hari Raya bersama PM yang akan diadakan di Padang Institut Penyelidikan Getah Malaysia(RRIM),Sungai Buloh.Jamuan ini akan bermula pada jam pukul 1:00 hingga jam pukul 5:00 petang.Perkhidmatan bas akan disediakan di tujuh lokasi iaitu di:
  • Stesen komuter Sungai Buloh
  • PPR Lembah Subang
  • Bukit Subang
  • Kampung Melayu Subang
  • Kem Sungai Buloh 
  • Kota Damansara
  • Bangnunan UMNO Negeri Selangor,Shah Alam
Semua rakyat dijemput hadir beramai-ramai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan